Saturday, July 9, 2011

Cinta jarak jauh...bahagiakah???

Assalamualaikum....
hmmm, tajuk di atas berkenaan dengan cinta jarak jauh.. ia semestinya tidak mustahil berlaku di kalangan kita. malahan, telah pun berlaku iaitu pada diri saya sendiri...
Persoalannya, bahagiakah??hehe..(teramat rindu beb..haha)
bagi saya, soal bahagia atau tidak hanya pasangan tersebut yang harus mencorakkannya. jangan salahkan takdir Allah jika kita gagal merealisasikan perhubungan kerana Allah mempertemukan jodoh kita shj tetapi manusia lah yang perlu menjaga dan mendidik hubungan itu berlandaskan pada agama. 
Bahagia... semua pasangan mengidamkan perasaan itu dlm hubungan mereka. ada yang berkata, jarak jauh bkn masalah, itu semua bleh diatasi asalkan jujur dan saling mempercayai. Cuma bila jauh2 nih, perasaan rindu tu membuak2...itu yg menimbulkan rasa bahagia!hehe... 
Ada juga yang membidas, saya tidak bleh berjauhan dengan dia. sehari atau dua hari berjauhan saya bleh terima, ataupun jika dia jauh dengan alasan tertentu seperti blajar atau kerja, tidak mengapa. tetapi saya tak sanggup berjauhan dlm jangka masa yg lama. mesti kena jumpa juga! telefon saja tidak cukup...hehe...
Itu pandangan kwn2 saya...
masing2 ada kisah percintaan masing2..setiap pasangan itu ada keunikan kisahnya tersendiri...
Begitu juga saya...kisah percintaan yang unik ini membuatkan saya merasai pelbagai perasaan. ada juga perasaan yang selama ini tidak pernah bertamu..
apa dia??? shhhh....biarlah rahsia...=D

apapun saya berharap, moga percintaan jarak jauh antara saya dan pasangan akan berkekalan selamanya hingga hujung nyawa.. 
Bahagia?? InsyaAllah, kte berusaha dan berdoa moga Allah memberkati hubungan kami serta melindungi nya dari segala kejahatan/kemaksiatan dan moga kami menjadi salah satu daripada pasangan yang soleh dan solehah.. 
..Aminn Ya Rabb..

I L A M U S M, 
A H I & N K M

1 comment: